Panasnya Hari Ini

Karnival Alami Proton Tarik 17,000 Pengunjung

KUALA LUMPUR: Penganjuran Karnival Alami PROTON 2015 yang berlangsung 3 hingga 4 Oktober lalu berjaya menarik sekitar 17,000 orang pengunjung walaupun negara kini berhadapan dengan keadaan jerebu yang teruk.

Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Datuk Abdul Harith Abdullah menyatakan pihak PROTON telah berjaya mencapai matlamat yang di sasarkan iaitu memberi peluang bagi orang ramai melihat pembikinan kereta PROTON yang dijalankan dan secara tidak langsung membuatkan orang ramai menghargai juruteknikal tempatan.

Alami PROTON Carnival

Tahun ini, kita kembali dengan matlamat yang sama untuk lebih ramai orang untuk mengalami apa yang PROTON adalah semua tentang, dan kami berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang datang ke Alami PROTON 2015 bagi menyokong PROTON walaupun cuaca tidak menggalakkan".

Sudah tentu, kami memberi topeng muka kepada semua pengunjung ke Alami PROTON 2015 dan kami gembira bahawa mereka dapat menikmati diri mereka dengan aktiviti-aktiviti di dalam kawasan kilang kami" tambah harith.

Karnival yang berlangsung selama dua hari itu membolehkan pengunjung melihat sendiri bagaimana proses kereta PROTON dilakukan dan seluruh kawasan PROTON ini diubah menjadi kawasan karnival di mana aktiviti yang dijalankan disasarkan kepada semua peringkat umur ataupun keluarga.

Pada hari pertama karnival ini berlangsung, seorang guru dari Puchong, Zunaini Zakaria telah berjaya memenangi hadiah utama cabutan bertuah iaitu Poton Iriz.

Hari kedua pula menyaksikan Abdul Alim Abdullah yang datang dari Sepang untuk cuba memandu uji kereta Saga Plus, berjaya memenangi hadiah utama cabutan bertuah iaitu sebuah kereta Proton Suprima S.

Karnival ini turut dimeriahkan dengan konsert yang menampilkan lagenda rock negara, Amy Search dan Ratu Rock tempatan, Ella.

PROTON turut berjaya mencatatkan keuntungan RM30 juta dari tempahan dan jualan kereta baru, alat ganti, cenderahati dan lelongan kereta terpakai.

Dalam pada itu, Harith juga tidak menolak kemungkinan akan mengadakan karnival ini pada masa akan datang dan akan cuba jadikan karnival ini sebagai acara tahunan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");