Berita Hari Ini

Komersialkan ciptaan tempatan

Pasir Gudang: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi menyasarkan untuk mengkomersialkan lebih banyak produk ciptaan anak tempatan menerusi geran inovasi sosial RM30 juta mulai tahun depan.

Timbalan Menterinya, Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah berkata, dana itu mampu memperkenalkan produk tempatan, terutama ciptaan penduduk desa.

Beliau berkata, menerusi geran RM13 juta yang diterima sebelum ini, kementerian berkenaan suh membelanjakan RM9.4 juta membabitkan 94 projek hingga Ogos lalu.

Menurutnya, bukan setakat bantuan dana, ia juga membabitkan jalinan kerjasama antara pengasas produk bersama agensi berkaitan bagi memantapkan pengeluaran hingga ke pemasaran.

Katanya, dana diberikan secara geran kepada pemohon yang mahu mengkomersialkan produk inovasi iaitu dengan jumlah maksimum RM100,000.

“Kementerian memperkenalkan program Inovasi Sosial sebagai usaha mempergiatkan pengkomersialan produk inovasi di peringkat akar umbi. Ia juga membolehkan kementerian mencapai sasaran untuk mengkomersialkan kira-kira 360 produk inovasi hingga 2020.

“Sebanyak 60 produk inovasi berjaya dikomersialkan pada tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan Karnival Inovasi, Kerjaya dan Keusahawanan 2015 Politeknik Ibrahim Sultan (PIS), di sini, semalam.

Turut hadir, Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan Mohd Hatta Zainal.

Abu Bakar berkata, hingga 31 Ogos lalu di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10), kerajaan membelanjakan RM980 juta bagi tujuan kajian dan penyelidikan untuk mencipta produk inovasi.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");