Perak Hari Ini

Kos Rawatan Lai Chen Hao Berjaya Dikumpul

IPOH – Kos rawatan bagi seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang mengalami kelumpuhan otak atau Cerebral Palsy Lai Chen Hao akhirnya berjaya dikumpulkan bagi mendapatkan rawatan penyakitnya itu di India  hasil sumbangan orang ramai.

Cek sumbangan sebanyak RM83,000 oleh Persatuan Masyarakat Perihatin Perak telah diserahkan kepada datuknya Lai Hou Sam, 77,di Pusat Khidmat Aduan BN di sini hari ini.

Menurut Ketua Pusat Khidmat dan Aduan BN, Ravi Abdullah bantuan berkenaan merupakan sumbangan daripada individu perseorangan dan syarikat swasta.

“Selepas ini kita akan berusaha untuk mendapatkan bantuan keperluan bulanan kepada adik Lai Chen Hao selepas menjalani pembedahan kelak,” katanya.

Tambahnya lagi, dalam masa sebulan sahaja dana tersebut berjaya dikumpul sejak 23 September lalu ianya diusahakan.

Sementara itu, menurut Lai Hou Sam pula bantuan ini ternyata cukup membantu bagi melihat semula cucunya kembali pulih seperti kanak-kanak lain.

“Terima kasih kepada pemberi sumbangan dan saya sangat bersyukur atas sumbangan ini diharapkan cucu saya dapat kembali sihat” katanya.

Lai Chen Hao ditemani datuknya akan  ke India untuk mendapatkan rawatan pada 29 Oktober depan dan dijangka turut menjalani rawatan pemulihan fisioterapi selama hampir 2 bulan di Hospital Recoup NeuroMusculoskeletal Rehabilitation Centre di Bangalore, India berikutan kos yang rendah.

Terdahulu, Lai Chen Hao menghidap penyakit itu selepas mengalami demam panas ketika berusia setahun dan memerlukan kos rawatan sebanyak RM80,000 bagi mendapatkan rawatan di India.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");