Perak Hari Ini

KPDNKK Bantu Perkenal Produk IKS Ke Pasaran Lebih Luas

TAIPING: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sentiasa bersedia dalam membantu pengusaha-pengusaha produk industri kecil dan sederhana (IKS) untuk menembusi pasaran yang lebih luas.

Menterinya, Datuk Hamzah Zainuddin berkata, sehingga kini, sudah terdapat 150 pengusaha IKS berjaya memasuki pasaraya Giant di seluruh Negara.

“Ini menunjukkan bahawa mutu produk-produk buatan Malaysia sudah mencapai tahap yang sama-sama kita boleh banggakan.

“Ini kerana, dari segi kriteria-kriteria produk untuk memasuki pasaraya Giant, ianya memerlukan penelitian yang begitu ketat sekali,”katanya ketika ditemui selepas beliau meluangkan masa sekitar 40 minit meninjau pasaraya tersebut dalam program Kempen Penurunan Harga dan Pra Kempen Beli Barangan Tempatan, hari ini.

PERAK TODAY 1

Katanya lagi, menerusi lawatan kerja ke United Kingdom, beliau turut mencari peluang bagi menempatkan produk IKS tempatan dalam pasaran luar Negara.

Hamzah turut berkata, idea untuk membawa produk IKS ke pasaran yang lebih luas bukannya datang dari pihak Giant sahaja, sebaliknya turut dibantu oleh KPDNKK.

PERAK TODAY 2

Ujarnya lagi, dalam Kempen Penurunan Harga Barang ini, sebanyak 50 buah syarikat besar telah bekerjasama untuk menurunkan harga bagi beberapa jenis barangan.

“Selain Giant, terdapat syarikat-syarikat lain sebanyak 55 buah syarikat besar telah bekerjasama yang mempunyai cawangan melebihi 2,500 cawangan termasuk di Sabah dan Sarawak untuk Kempen Turunkan Harga Barang.

“Saya juga dah berbincag dengan persatuan restoran contohnya, kalau pasaraya dah boleh turunkan harga, maka banyak pengusaha-pengusaha restoran boleh beli barang mentah yang murah, maka kita nak mereka pun turunkan harga makanan mereka,”jelasnya.

PERAK TODAY 4

Tambahnya lagi, program ini adalah penyertaan terbuka dan sekiranya lebih ramai pengusaha yang menyertai kempen ini, secara tidak langsung, ianya dapat membantu masyarakat.

“Ini adalah kerelaan mereka untuk bekerjasama dalam keadaan kelembapan ekonomi, jika peruncit dapat turunkan harga keuntungan mereka, ia dapat membantu masyarakat.

“Kita bukan nak menguatkuasakan, tetapi ianya secara sukarela untuk turunkan harga barang,”katanya.

PERAK TODAY 3

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");