Perak Hari Ini

Lelaki Dikhuatiri Lemas

BIDOR: Seorang lelaki dikhuatiri lemas dalam satu kejadian kemalangan yang berlaku di sini, awal pagi tadi.

Menurut sumber, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bidor telah menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 2.41 pagi tadi.

“Jentera telah digegaskan ke lokasi kejadian untuk operasi mnyelamat,”katanya.

Ujar sumber lagi, mangsa yang dipercayai Orang Asli dan berumur dalam lingkungan 27 tahun telah terlibat dalam kemalangan jalan raya dan disyaki terjatuh ke dalam Sungai Bidor.

IMG-20151007-WA0002

“Anggota telah melakukan gerakan mencari sejurus tiba dilokasi kejadian.

“Namun, operasi terpaksa ditangguhkan kira-kira jam 3.50 pagi disebabkan hujan lebat dan air sungai besar,” katanya lagi.

Tambahnya lagi, operasi telah disambung semula kira-kira jam 8.35 pagi tadi selepas mendapat pengesahan daripada pihak polis yang menerima laporan orang hilang.

Sehingga kini, operasi masih diteruskan dan mangsa masih belum ditemui.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");