Perak Hari Ini

M-Bike Tawar Aktiviti Berbasikal Sekitar Tasik Taiping

TAIPING: Bandar warisan Taiping bakal dimeriahkan lagi dengan pembukaan ‘M-bike’ yang bakal menawarkan aktiviti berbasikal sekitar kawasan Taman Tasik Taiping.

Dikendalikan oleh sebuah syarikat swasta, ‘M-bike di FMS Station Taman Tasik Taiping ini merupakan cawangan kedua dibuka selepas di Kinta Riverfront, Ipoh.

Terdapat 40 buah basikal disediakan buat pengunjung yang ingin melakukan aktiviti berbasikal di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Multimedia dan Komunikasi, Datuk Noole Ashilin Mohammed Radzi menyatakan 78 peratus pelancong menyukai lokasi yang selamat untuk menjalankan aktiviti berbasikal dan Taman Tasik adalah lokasi yang strategik untuk aktiviti tersebut.

PERAK TODAY 2

“Taiping yang dikenali sebagai Bandar Warisan mempunyai ikonnya yang tersendiri iaitu Zoo Taiping.

“Berdasarkan kiraan kasar, jumlah pelancong yang datang ke bandar ini semakin bertambah dan ianya tidak dapat dinafikan setanding dengan bandar Ipoh”, ujar Noole selepas merasmikan program M-Bike, petang tadi.

Beliau turut menyatakan sistem M-Bike ternyata membantu mempromosikan bandar yang bertemakan ‘Green and Clean’ itu.

PERAK TODAY 7

“Sebelum ini, seramai 2000 orang pengujung dari seluruh negara datang ke Klebang, Ipoh untuk menyertai aktivit berbasikal di situ”, ujar Noole.

PERAK TODAY 4

Tambah Noole lagi, pihak Tourism Perak juga sedang melakukan kajian untuk merealisasikan satu sistem sewaan basikal menggunakan kad.

PERAK TODAY 3

Dalam pada itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping (MPT), Datuk Abdul Rahim Md Arif menyatakan bahawa Jabatan Landskap juga telah meluluskan peruntukan sebanyak RM500 000 untuk menaik taraf Lake Garden yang juga dikenali sebagai Taman Tasik.

PERAK TODAY 1

“Lake Garden masih dalam proses naik taraf lagi yang mana ia meliputi penukaran alat permainan, tempat pejalan kaki dan macam-macam lagi,” kata Rahim.

Usaha-usaha yang dilakukan itu adalah untuk menjadikan Taiping sebagai satu destinasi pelancongan menarik dan berupaya memberi manfaat kepada ekonomi penduduk sekitar bandar ini.

PERAK TODAY 7

PERAK TODAY 5

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");