Berita Hari Ini

Mekanisme kekalkan harga tol, harga minyak turun

PETALING JAYA – Menjelang pembentangan Belanjawan Pakatan Harapan minggu depan, dua mekanisme bagi mengekalkan kadar tol dan menurunkan harga minyak dicadangkan.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, perjanjian berat sebelah dengan pemegang konsesi perlu di runding semula untuk mengelakkan pampasan yang melampau.

“Alasan yang selalu digunakan oleh pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak (Perdana Menteri) untuk menaikkan kadar tol adalah kononnya kerajaan tidak lagi mampu menanggung pampasan tinggi kepada konsesi.

“Satu langkah inovatif dan praktikal yang boleh dilaksanakan segera adalah memberi hak kepada pemegang-pemegang konsesi terbabit dalam projek-projek lebuh raya akan datang sebagai pertukaran untuk tidak menaiki kadar tol,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR, hari ini.

Menurut Rafizi, hak untuk mendapatkan keutamaan (first right of refusal) adalah amalan biasa dalam perjanjian komersial.

“Dengan cara ini, pemegang konsesi sedia ada tidak perlu bimbang tentang keuntungan yang berkurangan kerana mereka mempunyai potensi untuk terus terlibat dalam projek lebuh raya kerajaan akan datang, dengan syarat perjanjian akan datang ditetapkan secara adil mengikut kadar keuntungan munasabah.

“Diharapkan Menteri Kerja Raya (Datuk Seri Fadillah Yusof) lebih kreatif dalam membela rakyat dan merunding semula dengan pemegang konsesi dengan tawaran (first right of refusal) dalam projek lebuh raya akan datang pada kadar keuntungan berpatutan sebagai pertukaran bagi mengekalkan kadar tol sedia ada,” katanya.

Mengulas mengenai mekanisme menurunkan harga minyak, Rafizi berkata, kerajaan merombak kembali sistem penetapan harga minyak menggunakan harga rujukan dari Singapura dalam AS$.

“Sejak 1980 an, kerajaan menggunakan harga rujukan dari Singapura dalam AS$ untuk menentukan kos minyak mentah dan memproses minyak mentah, sedangkan maklumat lebih tepat boleh diperolehi terus dari syarikat-syarikat minyak di Malaysia,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");