Jenayah

Pegawai polis, ahli perniagaan mengaku tidak bersalah berpakat membunuh

KUALA LUMPUR: Lima lelaki termasuk seorang pegawai polis dan seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi hari ini atas tuduhan berpakat untuk melakukan pembunuhan, Julai lalu.

Kelima-lima tertuduh membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Mohd Azman Hussin.

ASP Haris Faddila Hasim, 39, yang bertugas di Unit Simpanan Persekutuan (FRU) Pulau Pinang; ahli perniagaan Lau Ngik Yin, 45, didakwa bersama-sama dua bekas pegawai polis Mohd Nizam Manshor, 34, dan Indra Zaidi Zamani, 32, serta pengawal peribadi Lau, Zainuddin Rosman, 36.

Mahkamah menetapkan 3 Nov untuk perbicaraan kes tersebut. Kesemua mereka didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada 13 Julai lalu. Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama melakukan pakatan jenayah dan telah bersetuju antara satu sama lain untuk melakukan pakatan untuk membunuh tersebut di Westin Hotel, Jalan Bukit Bintang di sini antara April hingga 15 Jun lalu.

Kelima-lima tertuduh didakwa mengikut Seksyen 120 B(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan. Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim manakala pembelaan dikendalikan peguam Gobind Singh Deo.

-BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");