Jenayah

Muhdalena bebas tuduhan ugut, miliki pedang

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen, melepaskan bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Muhdalena Ahmad daripada tuduhan melakukan ugutan dan memiliki sebilah pedang di perkarangan Jabatan Perdana Menteri.

Hakim, Kamardin Hashim membuat keputusan itu terhadap Muhdalena, 31, selepas mendapati tiada merit dalam rayuan yang dikemukakan oleh pendakwaan.

Pada 19 Jun tahun lalu, Mahkamah Sesyen Putrajaya melepaskan Muhdalena daripada empat tuduhan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 7 Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya dalam kejadian amuk itu.

Mahkamah berkenaan mendapati wanita terbabit mengalami ketidaksempurnaan akal ketika kejadian dan memerintahkannya ditahan di Hospital Permai Tampoi, sementara menunggu perkenan Yang di-Pertuan Agong.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");