Panasnya Hari Ini

Vape: Blogger Parpukari Pertahan Penggunaan Vape

KUALA LUMPUR: Blogger politik tanahair, Parpukari menerusi catatan terbaru di blognya, parpukari.blogspot.com membidas kenyataan Menteri Kesihatan, Datuk Seri S Subramaniam yang ingin mengharamkan vape di Negara ini.

Katanya, sekiranya mahu mengharamkan vape, kerajaan juga seharusnya mengharamkan penjualan rokok dan arak.

“Ini benda paling tidak masuk akal sebab Kementerian Kesihatan nak haramkan vape, tetapi tidak rokok dan arak.

“Kajian dan dan data semua menunjukkan vape adalah selamat tetapi sayang sebab ianya data luar Negara, dan bukan data dalam negara,”katanya.

Tulis Parpukari lagi, beliau menyokong penggunaan vape dalam kalangan pengguna di Negara ini dan seharusnya kerajaan juga perlu melakukan perkara yang serupa.

unnamed

“Aku sokong penggunaan vape dan kalau kerajaan betul-betul berani dan ikhlas nak selamatkan rakyat, jadilah Negara pertama di dunia yang haramkan rokok dan arak, bukan saja tak boleh hisap tapi tak boleh jual.

“Haramkan terus, lepas tu haramkan vape, kita sokong,”katanya.

Terdahulu, Subramaniam dalam sidang Dewan Rakyat berkata kerajaan sedang berbincang untuk mengharamkan vape di Negara ini.

“Pelan jangka masa panjang adalah untuk mengharamkan vape, kita sedang menggerakkan usaha dari segi undang-undang, bagaimana untuk melaksanakannya.

“Kita sedang kaji beberapa langkah bersama kerajaan dan kementerian, kita akan pilih langkah yang paling sesuai,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");