Sukan Hari Ini

Peluang Kim Swee bukti kemampuan

KEPUTUSAN positif diperolehi pengendali sementara Harimau Malaya, Datuk Ong Kim Swee dalam dua aksi persahabatan antarabangsa mampu mencerahkan peluangnya untuk terus membimbing skuad kebangsaan.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Abdul Mokhtar Ahmad berkata, peluang Kim Swee cerah seandainya keputusan positif diperolehi menentang Laos di Bangkok (Khamis) dan Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di Dili menentang Timor Leste, Selasa minggu depan.

“Saya tidak mahu ramal namun ia mungkin faktor yang kuat untuknya, kami sedar keupayaannya. Jadi kami mohon dia terus menunjukkan minat bimbing skuad kebangsaan.
“Namun keputusan akhir terletak kepada panel pemilihan,” jelasnya.

Pada masa sama juga Mokhtar turut memaklumkan, Kim Swee bebas berbincang dengan mana-mana kelab mahu pun persatuan mengenai masa depannya.

“Kim Swee bebas berbincang dengan kelab atau persatuan, saya percaya beliau sudah menunjukkan kesediaannya berkorban dan berkhidmat untuk negara.

“Semua faktor ini perlu diambil kira ketika kami menilai keupayaannya,” ujarnya.

Masa depan Kim Swee dilaporkan berada dalam situasi tidak menentu dengan kontraknya sebagai pengendali Bawah 23 Tahun (B-23) negara tamat pada Disember namun pada masa sama memangku tugas bersama skuad senior melalui Kelayakan Piala Dunia 2018.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");