Jenayah

Penjara, sebat miliki dadah

Shah Alam: Dua sahabat warga Nigeria dijatuhi hukuman penjara dan sebat oleh Mahkamah Tinggi, di sini, semalam, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki dadah tiga tahun lalu.

Tertuduh, Mmaduabuchi Christopher Okaye, 29, dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan 10 sebatan selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan memiliki dadah heroin seberat 1.4 kilogram (kg).

Dia juga turut dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan 10 sebatan selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan memiliki dadah morfin seberat 868.7 gram.

Rakannya, Chinonso Cletus Orah, 32, dijatuhi hukuman pejara lima tahun dan lima sebatan selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan memiliki dadah methamphetamine seberat 39 gram.

Mereka didapati melakukan kesalahan itu di Blok A-18-7, Pangsapuri Sri Gotong, Jalan Ipoh Batu 7, Selayang Lama, Batu Caves, Gombak jam 4.30 petang, 2 Disember 2012.

Hukuman itu dijatuhkan Hakim Datuk Wan Afrah Wan Ibrahim selepas kedua-dua tertuduh mengaku bersalah dan berpuas hati dengan pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Balkiah Abd Yazaid.

Wan Afrah memerintahkan Mmaduabuchi menjalani hukuman penjara itu serentak dan hukuman terhadap kedua-dua tertuduh berjalan mulai dari tarikh ditahan.

Kedua-dua tertuduh dituduh mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39A(2) akta sama yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Bagi kesalahan itu, mahkamah boleh menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup atau penjara tidak kurang lima tahun dan tidak melebihi 10 sebatan.

Peguam bela Jerald Gomez mewakili kedua-dua tertuduh dalam mitigasinya merayu mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal kepada anak guamnya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");