Sukan Hari Ini

Petaling BC persia peluang rapat jurang

PETALING BC gagal merapatkan jurang mata dengan pendahulu Junior Purple League, Nusajaya BC apabila hanya mampu mengutip satu mata selepas kemenangan tipis 11-10 ke atas Serdang BC di Sports Arena Sentosa, semalam.

Dalam perlawanan itu, pemain perseorangan lelaki Petaling BC, Yeoh Seng Zoe yang akan mewakili negara pada Kejohanan Badminton Remaja Dunia di Peru, November depan tidak mengecewakan apabila mencatat kemenangan pertama selepas menewaskan Chia Wei Jie 3-1 (11-4, 11-6, 4-11 dan 11-6).

Kecemerlangan Seng Zoe gagal diikuti perseorangan wanita Petaling BC, Gabriela Meilani Moningka yang tewas kepada Lina Huang 1-3 (11-4, 8-11, 7-11, 6-11).

Petaling BC bagaimanapun bangkit menerusi beregu campuran, Chen Tang Jie-Syifa Fauziah untuk mendahului jumlah mata 7-5 namun beregu perempuan Serdang BC, Nurul Farisha-Tan Sueh Jeou kembali menyamakan kedudukan apabila menundukkan Teoh Mei Xing-Yap Ling 3-1 (8-11, 11-10, 11-9 dan 11-8) untuk jumlah mata 8-8.

Bagaimanapun, beregu lelaki Petaling BC, Chen Jia Huo-Lew Ming Hui memastikan satu mata berjaya diraih dengan menewaskan Chang Yee Jun-Soh Wooi Yik 3-2 dengan kemenangan 11-5, 11-4, 7-11, 4-11 dan 11-10.

– Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");