Isu Panas

PKR minta derma RM26 dari rakyat

PETALING JAYA – PKR hari ini melancarkan kempen derma RM26 bagi membolehkan parti itu berdepan dengan Umno dalam PRU akan datang.

Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, pada pilihan raya lalu mereka sukar berdepan dengan masyarakat luar bandar kerana kekurangan dana.

“Dalam tempoh dua PRU lalu kita menang banyak di kawasan bandar tetapi sukar dekati masyarakat luar bandar dengan lebih efektif. Suka atau tidak cabaran besar yang dihadapi adalah sama ada kita mampu sedarkan rakyat.

“Sebuah parti baru 16- 17 tahun bertapak berbanding Umno. Kami memerlukan sumber kewangan untuk melaksanakan misi ini. Kita tidak ada penderma misteri untuk menderma, jadi kita harap rakyat sedia sumban sekurang-kurang RM 26 supaya kami
boleh bawa perubahan kepada rakyat,” katanya ketika berucap dalam majlis perasmian kempen itu.

Menurut Bendahari Agung PKR, Datuk Paduka Dr Tan Yee Kew, nilai RM 26 dipilih kerana yakin semua rakyat mampu untuk menyumbang dalam jumlah itu.

“Cukuplah, kita tiada pilihan kita mesti tukar kerajaan. Sebagai parti baru kami memerlukan dana untuk melatih jentera pilihan raya yang berkesan.

“Dengan adanya sumber kewangan yang baik kita mampu mengajak rakan-rakan di pendalaman dan separa bandar untuk lakukan perubahan,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");