Isu Panas

PKR sokong Hari Kemarahan

SHAH ALAM – PKR mengarahkan semua ahlinya menyertai himpunan Hari Kemarahan di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat hari ini bagi mengutuk pencerobohan Al-Aqsa oleh rejim Zionis.

Setiausaha Agungnya, Rafizi Ramli berkata, PKR menyokong sepenuhnya perjuangan pembebasan rakyat Palestin dan mempertahankan Al-Aqsa daripada dicerobohi.

Menurutnya, beliau telah mengeluarkan pekeliling kepada semua anggota dan pimpinan untuk turut hadir dalam demonstrasi pada hari ini.

“Pada masa yang sama, Ahli Parlimen Alor Setar dan Pengerusi Biro Antarabangsa Keadilan Gooi Hsiao Leung akan membawa isu ini kepada Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman agar Malaysia menggunakan kedudukannya di dalam Majlis Keselamatan PBB untuk melindungi rakyat Palestin dan mempertahankan Al-Aqsa dari dicerobohi,” katanya.

Beliau berkata, kebelakangan ini, rejim Zionis bertindak lebih agresif dengan menyerbu ke dalam Masjid Al-Aqsa dengan alasan mahu mengasingkan bahagian yang didakwa milik penganut Yahudi dari keseluruhan Masjid Al-Aqsa.

Katanya, walaupun Malaysia telah menduduki kerusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), kedudukan itu belum diterjemahkan menjadi satu suara yang lantang untuk membela nasib rakyat tertindas di seluruh dunia terutamanya di Palestin, Syria dan Rohingya.

“Ini satu tindakan yang tidak menghormati kedudukan Masjid Al-Aqsa sebagai salah satu masjid paling suci bagi penganut agama Islam di seluruh dunia.

“Saya menyeru seberapa ramai rakyat Malaysia untuk menyertai demonstrasi esok demi mengangkat perjuangan sejagat membela rakyat Palestin yang telah ditindas sekian lama,” katanya.

Perhimpunan aman yang dinamakan Hari Kemarahan itu dikatakan bakal menghimpunkan ribuan rakyat Malaysia beragama Islam sebagai tanda protes pencerobohan rejim Israel terhadap Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");