Berita Hari Ini

Projek Perintis Transformasi PLKN mula 17 Oktober

Kuala Lumpur: Projek Perintis Transformasi Program Latihan Khidmat Negara(PLKN) akan dilaksanakan mulai 17 Oktober ini, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Beliau berkata, projek itu akan dilaksanakan selama dua bulan di Kem Princess Haliza, Sepang.

“Seramai 410 pelatih sudah memberi maklum balas untuk menyertainya bagi menguji keberkesanan fasa wajah baru PLKN nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Koordinasi Transformasi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");