Sukan Hari Ini

Rossi akhiri kemarau 501 hari

GIUSEPPE Rossi akhirnya kembali mengukir namanya selaku penjaring selepas kemarau jaringan selama 501 hari.

Laporan Infostrada menyebut, kali terakhir dia meledak gol semasa Fiorentina seri 2-2 menentang Torino pada 14 Mei 2014.

Satu gol disumbangkannya ketika membantu Fiorentina menang 4-0 atas Belenenses cukup memuaskan penyerang kelahiran Teaneck, New Jersey, Amerika Syarikat itu.

Tiga gol La Viola lain dihasilkan Federico Bernardeschi, Khouma Babacar dan jaringan sendiri pemain lawan, Tonel.

“Ini adalah satu malam yang menakjubkan dengan melakar kemenangan dan kami menunjukkan gaya sebenar bola sepak.

“Secara peribadi saya bahagia kerana bermain selama 90 minit dan juga untuk gol ini, yang hadir menerusi satu gerakan yang cantik.

“Saya berterima kasih kepada jurulatih (Paulo Sousa) yang memberikan peluang bermain hari ini,” katanya yang pernah memperkuat Manchester United, Villarreal, Newcastle United dan Parma.

Sepanjang kariernya, Rossi tidak pernah terlepas dari dihantui kecederaan sejak bergabung dengan Fiorentina pada musim dingin 2013

Pemain Itali itu beberapa kali mengalami cedera parah yang memaksanya berehat panjang dan musim ini, Rossi baru melakukan empat penampilan di semua pertandingan disertainya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");