Sukan Hari Ini

Sakato A bawa pulang RM3,000

Kuala Lumpur: Pasukan Tenis Veteran Sakato A muncul juara Kejohanan Tenis Veteran/Masters apabila menewaskan Pelti Bengkalis 2-1 di Kelab Tenis Jalan Duta, baru-baru ini.

Pengurus pasukan Herdi Arimano berkata, perlawanan itu bertujuan mengeratkan silaturahim selain membentuk persefahaman dalam kalangan pemain yang menyertai kejohanan itu.

Katanya, kemenangan bukan matlamat sebenar tetapi bagi menguji corak permainan yang mampu menjana sentuhan lebih baik dalam kejohanan itu pada masa akan datang.

“Sesi latihan dan perlawanan persahabatan sepanjang tiga bulan sebelum berlepas ke Malaysia memberi impak baik sepanjang saingan itu.

“Apa yang pasti, Kejohanan Tenis Veteran/Masters 2015 di Malaysia antara temasya berprestij kerana turut membabitkan penyertaan pasukan dari Singapura, Indonesia dan Malaysia,” katanya.

Sakato A membawa pulang piala pusingan dan wang tunai RM3,000 manakala Pelti Bengkalis menerima pingat dan wang tunai, RM1,500.

– Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");