Sukan Hari Ini

Siasat punca USM ‘pecat’ Izwan

Kuala Lumpur: Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) akan menjalankan siasatan berhubung punca sebenar yang mendorong Universiti Sains Malaysia (USM) menamatkan perkhidmatan penyerang negara Izwan Firdaus Ahmad Tajuddin.

Ketua Pegawai Eksekutif MHC K Logan Raj berkata, ketika ini beliau tidak mahu memberikan komen lebih lanjut mengenai perkara itu tetapi menegaskan akan cuba mencari jalan penyelesaian terbaik.

“Kebiasaannya kita akan kenal pasti apa sebenarnya yang berlaku. Kemudian barulah kami akan mencari jalan penyelesaian terbaik bagi membantu kedua-dua pihak.

“Saya akan dapatkan penjelasan dari Izwan dulu. Kalau perlu, mungkin MHC akan adakan perbincangan dengan pihak USM,” katanya ketika dihubungi semalam.

Izwan menerusi laporan Arena Metro semalam meluahkan rasa terkilan selepas USM menamatkan perkhidmatannya selaku kakitangan institusi pengajian tinggi itu selepas kerap mengambil cuti untuk bersama skuad negara.

Jelas Izwan, dia tidak berniat untuk mengabaikan majikannya itu sebaliknya khidmatnya sememangnya diperlukan bagi mewakili negara di pentas antarabangsa.

Pemain berusia 26 tahun itu sudah melakukan 105 penampilan bersama skuad negara sejak 2010.

-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");