Membawang Hari Ini

Tampil single Nyawaku

Selepas bergelar juara program Mentor Legend pada Mac lalu, Azmil, 22, tampil dengan single berjudul Nyawaku hasil ciptaan Edry Abdul Halim.

Perjalanan Azmil atau nama sebenarnya Azmil Karim bagaimanapun tidak semudah disangka, malah pernah berputus asa.

“Dalam Mentor Legend semuanya tersedia, saya hanya nyanyi saja. Malah, setiap masalah diselesaikan secara berpasukan.

“Selepas pertandingan tamat, segalanya atas tanggungjawab sendiri. Ia secara tidak langsung buka fikiran saya.

“Pernah juga rasa menyesal dan putus asa, tetapi saya tak boleh mengalah. Saya kuatkan hati dan jadi lebih tabah,” katanya.

Episod sedih Azmil tidak berpanjangan apabila lagunya semakin mendapat tempat di hati pendengar.

Meskipun kurang promosi, ia tetap mendapat sambutan.

“Apabila diputarkan di corong radio dan berada dalam top 5 carta Muzik Muzik, ia satu petanda baik buat kerjaya saya.

“Bukan mudah penyanyi baru seperti saya diterima baik pendengar. Biarpun tidak sehebat penyanyi lain, sedikit sebanyak ia menjadi pembakar semangat untuk terus bekerja keras,” katanya.

Azmil kini bernaung di bawah syarikat rakaman Monkey Bone dan baru saya merakamkan single kedua dan dalam perancangan menerbitkan single ketiga.

“Saya mengikat kontrak dengan Monkey Bone selama dua tahun. Dalam tempoh setahun, mereka janjikan tiga single. Memandangkan sudah ada dua lagu, tinggal satu saja lagi.

“Untuk lagu ketiga, saya merancang berduet dengan Dayang Nurfaizah. Saya berharap hasrat ini diterima syarikat rakaman dan Kak Dayang,” katanya.

Tambah Azmil lagi, Monkey Bone ada perancangan menggandingkannya dengan penyanyi Indonesia.

Azmil turut memaklumkan lagu yang disediakan untuknya sama seperti perancangan Dayang ketika menjadi mentornya dulu.

Bercerita lanjut hubungannya dengan Dayang yang dikatakan renggang dan bermasalah, Azmil menjelaskan sehingga hari ini penyanyi lagu Di Pintu Syurga itu masih mengambil berat perkembangan kerjaya seninya.

“Siapa kata kami bergaduh? Saya tak ada masalah dengan Kak Dayang. Mungkin apa yang dicerita itu ketika saya masih berada dalam pertandingan.

“Diakui waktu itu antara kami ada jurang sebagai mentor dan protege. Selepas Mentor Legend berakhir, kami jadi lebih rapat dan berkawan baik,” katanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");