Jenayah

Terkejut suami berlumuran darah

TAMPIN: Seorang isteri yang pulang ke rumah untuk menyiapkan juadah makan tengah hari suaminya di Taman Indah Baru, di sini, kelmarin, dikejutkan dengan penemuan lelaki itu tersembam berlumuran darah di tempat letak kereta rumah mereka.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu, mangsa, P Ramalingam, 53, pesara Majlis Daerah Tampin (MDT) dipercayai muntah darah sebelum jatuh tersembam di lokasi berkenaan.

Anak tunggal mangsa, P Puvaneswaran, 27, berkata, dia terkejut sebaik menerima panggilan daripada ibunya, M Meenachi, 51, dan bergegas pulang ke rumah dari tempat kerjanya di salah sebuah kilang di Senawang.

“Minggu lepas, saya ada balik tapi tak sempat jumpa ayah sebab dia tiada di rumah. Semalam (kelmarin) masa tengah tidur, ibu ada hubungi saya beritahu ayah nak sangat jumpa saya.

“Saya cakap pada ibu akan pulang masa cuti hujung minggu nanti. Tapi saya tak sangka hasrat nak jumpa ayah tak kesampaian,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di pekarangan Bilik Mayat Hospital Tampin, di sini, semalam.

Menurutnya, kali terakhir dia bertemu ayahnya pada bulan lepas dan kelihatan sihat serta mereka menghabiskan masa menonton televisyen bersama-sama.

Jelasnya, ayahnya memang menghidap pelbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan sakit di bahagian hati sejak beberapa tahun lalu.

“Saya akan penuhi permintaannya dan menghantar ayah untuk dibakar serta disemadikan di Jalan Templer, Seremban,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Wooi Kooi Cheang, mengesahkan kes berkenaan dan ia diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Beliau berkata, hasil bedah siasat di Hospital Tampin mendapati mangsa maut susulan terdapat banyak luka dan darah dalam perutnya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");