Jenayah

Tertunduk dihukum mati

Shah Alam: Seorang penyelia data elektrik hanya mampu tertunduk apabila Mahkamah Tinggi di sini, menjatuhkan hukuman mati selepas dia didapati bersalah mengedar ganja seberat 17.6 kilogram (kg) tiga tahun lalu.

Ismail Mohd Sani, 45, dijatuhi hukuman itu oleh Hakim Datuk Abdul Halim Aman yang berpuas hati selepas pihak pendakwaan berjaya menimbulkan keraguan kes pada akhir pendakwaan semalam.

Bagaimanapun rakannya, Maamar Bidin, 65, yang dituduh melakukan kesalahan sama menarik nafas lega selepas mahkamah melepas dan membebaskannya daripada tuduhan itu.

Mereka didakwa mengedar ganja di kawasan bersebelahan premis kedai No 1 & 2 (G) Jalan Dataran Selayang, Gombak, kira-kira jam 7.35 malam, 30 Mei 2012.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 39B(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");