Sukan Hari Ini

Tiada Neymar, Brazil kalah

Sao Paulo: Banyak yang sudah berubah dalam skuad kebangsaan Brazil sejak insiden memalukan di Piala Dunia tahun lalu, tetapi ketika kempen kelayakan edisi 2018 sedang berlangsung, kebimbangan sama hadir lagi – ketiadaan pemain bintang Neymar.

Sudah lebih setahun sejak mereka dibelasah 7-1 oleh Jerman pada aksi Piala Dunia di Brazil dan sejak itu, banyak perkara yang memalukan berlaku termasuk gagal menyerlah di Copa America, mengatasi Paraguay hanya menerusi penalti dan jurulatih bertukar ganti.

Begitupun, di sebalik semua permasalahan itu, negara yang gilakan bola sepak itu kekal menumpukan perhatian terhadap kapten yang juga bintang Barcelona Neymar kerana setiap kali dia tidak bermain, skuad itu seolah-olah disumpah tidak akan menang.

Dia tidak bermain akibat kecederaan pada separuh akhir Piala Dunia dan ketika aksi Copa America menentang Colombia, dia dilayangkan kad merah dan dikenakan penggantungan empat perlawanan, sekali gus terlepas baki kejohanan dan ironinya, Brazil turut tersingkir.

Kini ketika dia perlu melengkapkan baki dua lagi penggantungan, Neymar tidak dapat beraksi pada perlawanan kelayakan menentang Chile, Jumaat ini dan Venezuela, 13 Oktober.

Neymar pernah berjanji tidak akan melakukan perkara bodoh lagi, tetapi rayuannya ke atas penggantungan berkenaan tidak berjaya, sekali gus membuatkan Brazil perlu menanggung akibatnya.

Bagi sesetengah pihak, ketiadaan Neymar tidak membawa sebarang makna kerana dia bukan satu-satunya mesin penjaring permainan cantik yang digelar ‘jogo bonito’ di negara kelahirannya itu. – AFP

-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");