Sukan Hari Ini

Titans takkan beri laluan mudah di Shah Alam

PEMAIN sayap lincah T-Team, Mohd Nor Hakim Hassan yang sebelum ini diketepikan dalam empat perlawanan berikutan dibelenggu kecederaan kini bersedia mengalas cabaran dalam merebut tiga mata berharga ketika berkunjung ke Stadium Shah Alam bertemu Selangor pada saingan peringkat Kumpulan C kempen Piala Malaysia malam ini.

Menurut Nor Hakim, 24, dia teruja kembali beraksi dalam memastikan misi memburu slot ke suku akhir tercapai.

Justeru itu, dia mahu pemain The Titans tidak melepaskan peluang keemasan walaupun sedar Selangor berada pada tahap terbaik ketika ini.

“Saya jangka perlawanan ini akan menjadi sengit kerana Selangor juga mempunyai misi yang sama untuk terus kekal di atas tambahan pula mereka beraksi di gelanggang sendiri.

“Kami tidak akan memberi laluan mudah buat skuad The Red Giants dan akan berusaha bersungguh-sungguh untuk merampas kembali tiga mata yang dikutip mereka pada aksi terdahulu,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");