Isu Panas

‘Tiada ahli Umno akan ikut jejak Saifuddin’

PASIR GUDANG – Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyangkal dakwaan PKR Johor, kononnya ramai ahli Umno bakal menyertai parti itu dan menganggapnya sengaja digembar-gemburkan.

Mohamed Khaled percaya ahli Umno Johor sentiasa berpegang-teguh terhadap prinsip dan perjuangan parti sekali gus tidak sesekali menyertai pembangkang hanya disebabkan marah atau tidak berpuas-hati.

“Ia sengaja digembar-gemburkan kerana mahukan publisiti,” katanya yang mengulas kenyataan Pengerusi PKR Johor Hassan Karim mengenai ramai ahli Umno bakal menyertai parti itu.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Pusat Komuniti Kospen, Kampung Kuala Masai, di sini, hari ini.

Kelmarin Hassan mendakwa, terdapat ahli Umno yang turut mengikut jejak bekas Ahli Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");