Jenayah

Tutup peranti pengesan polis

Klang : Seorang mekanik berusia 21 tahun individu pertama di negara ini dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan melanggar terma dan syarat pemakaian Peranti Pengawasan Elektronik (PPE).

Bagaimanapun, S Sateesh mengaku tidak bersalah selepas didakwa atas pertuduhan mengikut Seksyen 15(4), Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) kerana tidak mematuhi terma dan syarat dipersetujui.

Dia didakwa menutup alat pemancar (beacon) iaitu dengan cara tidak mengecas alat pengecas pada badan (on body charger) supaya kedudukannya tidak dapat dikesan polis.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu Selasa lalu dan sabit kesalahan boleh dipenjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih 10 tahun.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Rozana Husin manakala tertuduh diwakili peguam bela Gabriel Susayan.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");