Berita Hari Ini

Utama siasatan 1MDB

Kuala Lumpur: Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang baharu Datuk Hasan Arifin berkata, siasatan ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan diberi keutamaan selain daripada isu kewangan negara.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Rompin akan meneliti laporan yang dikemukakan oleh Ketua Audit Negara.

“Oleh kerana saya baru dilantik, saya akan melihat segala laporan yang dikemukakan oleh Ketua Audit Negara.

“Ahli Parlimen pun sudah menyatakan kita akan menyegerakan siasatan ini dan mengemukakan laporan kepada Parlimen. Cakap-cakap yang kata kerajaan saja melambatkan siasatan ini hanya persepsi,” katanya kepada media di lobi Parlimen, di sini, semalam.

Pelantikan Hasan disahkan Dewan Rakyat pada hari pertama persidangan itu.

Beliau menggantikan Datuk Nur Jazlan Mohamed yang sekarang adalah Timbalan Menteri Dalam Negeri.

Usul dibacakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said sebelum dibahaskan.

Hasan, 62, yang berkelulusan Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Malaya, pernah mengikuti kursus pengurusan di Asian Institute Of Management, Manila, Filipina.

Beliau dipilih sebagai Ahli Parlimen selepas memenangi Pilihan Raya Kecil Rompin pada 5 Mei lalu, susulan kematian penyandangnya Tan Sri Jamaluddin Jarjis, dalam nahas helikopter pada 4 April lalu.

– Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");