Jenayah

Warga emas maut dirempuh Nissan Fairlady 350Z

KANGAR: Hasrat seorang warga emas mahu meneruskan perniagaan bihun sup tidak kesampaian apabila dia maut dirempuh sebuah kereta Nissan Fairlady 350Z di depan gerainya di jalan Kampung Bakau di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu, Abdan Yob,73, dikatakan baru pulang dari membeli barang bagi menjalankan perniagaan itu di gerai pekarangan rumahnya.

Mangsa yang menaiki kereta wira maut dalam perjalanan ke hospital setelah cedera parah di bahagian badan dan kaki.

Menurut cucu mangsa, Nurazlia Ali,26, ketika kejadian dia berada di dalam rumah dan terdengar bunyi dentuman yang kuat.

“Saya dan adik Mohd Nurazmeer terus meluru melihat apa yang berlaku, kami nampak tokwan sudah terbaring di kerusi penumpang manakala kakinya tersepit di pintu tempat duduk pemandu.

“Keadaannya sudah nazak ketika itu, kami tidak mampu buat apa-apa kecuali membantu tokwan mengucap,”katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Kangar Superintenden Abdul Rahman Mohd Noordin ketika dihubungi memaklumkan kemalangan itu melibatkan empat buah kenderaan.

Katanya mengikut siasatan awal kereta Nissan yang dipandu laju oleh seorang lelaki terbabas di Jalan Padang Behor kemudiannya melanggar bahagian belakang kereta mangsa sehingga merempuh sebuah lagi kereta Proton Gen 2 milik cucu mangsa yang berada di bahu jalan.

“Kejadian itu menyebabkan kereta Gen 2 itu turut terseret sehingga melanggar sebuah kereta Kancil milik pelanggan peniaga itu yang juga terletak di bahu jalan,”jelasnya.

Pemandu Nissan itu ditahan untuk bantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");