Membawang Hari Ini

Zanyar intai peluang di Asia

Naib juara Swedish Idol, Darin Zanyar, 28, antara bintang realiti yang berjaya mencipta nama di Eropah dan bakal menembusi pasaran Asia.

Ketika bertandang ke Kuala Lumpur baru-baru ini, penyanyi yang popular menerusi lagu Nobody Knows itu menjelaskan kejayaan yang dikecapinya hari ini tidak datang bergolek sebaliknya menuntut usaha dan komitmen yang tinggi.

Mengulas pembabitannya dalam Swedish Idol, Zanyar berkata, program realiti itu batu loncatan untuknya menceburi bidang nyanyian namun ia bukan jaminan dapat terus bertahan sebaliknya perlu bijak merencana karier agar bakat yang ditonjolkan tidak terhenti di situ sahaja.

“Peluang bergelar penyanyi akan terbuka luas sekiranya terpilih menyertai program sebegini. Namun, nasib peserta bergantung kepada tuahnya selepas program yang disertai melabuhkan tirai.

“Saya memanfaatkan segala peluang depan mata dan lakukan yang terbaik untuk bertahan.

“Apabila peminat suka dengan muzik dan stail saya, segala-galanya jadi mudah dan menjadi,” katanya.

Selepas sedekad mencanai bakat, Zanyar nekad mengembangkan muziknya di Asia. Sebagai salam perkenalan, dia merakamkan video muzik Nobody Knows khusus untuk peminat di rantau ini.

“Tidak pernah terfikir album saya akan dilancarkan di Asia. Sebaik

mendapat tawaran, saya terus menghasilkan video muzik Nobody Knows di Singapura.

“Ikutkan lagu ini sudah tiga tahun dilancarkan di Sweden namun tidak ada video muzik. Di negara kelahiran saya, video muzik tidak lagi mendapat sambutan namun di Asia ia masih relevan. Disebabkan itu saya perlu hasilkan video muzik ini.

“Saya sudah menandatangani kontrak dengan Sony Music Malaysia dan tumpukan sepenuh perhatian terhadap usaha me­ngukuhkan nama di negara ini,” katanya.

Zanyar pernah bekerja dengan ramai komposer serta pemuzik handalan di Sweden dan berharap dapat berkolaborasi dengan anggota One Republic, Ryan Tedder.

Dia mengakui cukup mengagumi kebolehan Ryan yang pernah mencipta lagu untuk ramai bintang ternama termasuk Adele, Kelly Clarkson, Maroon 5 dan Ellie Goulding.

“Saya berpeluang bekerja dengan komposer handalan yang menghasilkan lagu untuk artis tersohor termasuk Taylor Swift.

“Harap dalam masa terdekat saya dapat bekerjasama dengan Ryan,” katanya.

Berbekalkan wajah tampan, peluang Zanyar menceburi bidang lakonan terbuka luas. Perkara itu diakui Zanyar apabila mendedahkan banyak mendapat tawaran belakon.

“Saya hampir bersetuju dengan beberapa tawaran namun tidak jadi kerana merasakan masanya belum tiba.

“Buat masa ini saya mahu utamakan kerjaya nyanyian namun tidak menolak kemungkinan bergelar pelakon satu hari nanti,” katanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");