Jenayah

22 kaki ekor kena cekup

Kuala Lumpur: Seramai 22 lelaki beragama Islam yang sedang membeli nombor ramalan di premis judi di tiga lokasi sekitar Setapak, ditahan dalam operasi Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), petang tadi.

Mereka yang berusia antara 19 hingga 62 tahun ditahan dalam serbuan di Medan Gombak dan Jalan Langkawi bermula jam 5 petang.

Ketua Penguatkuasa JAWI Wan Jaapar Wan Ahmad berkata, lokasi berkenaan menjadi tumpuan kaki judi beragama Islam.

“Mereka yang ditahan dibawa ke pejabat untuk diambil keterangan dan dikenakan tahanan selama 24 jam sebelum dibenar jamin.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta Kesalahan Jenayah Syariah kerana berjudi atau berada dalam premis judi,” katanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");