Perak Hari Ini

Akta 627 Pelupusan Sisa Pepejal Belum Diterima pakai di Perak

IPOH: Kerajaan Negeri Perak masih belum terima pakai Akta 627 Pelupusan Sisa Pepejal dan disebabkan itu, ianya tidak wajib bagi rakyat negeri ini untuk mengasingkan sisa pepejal atau sampah sarap.

Namun begitu, Datuk Rusnah Kasim (BN- Behrang) berkata, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tetap mengambil pendekatan dengan memberi kesedaran dan mendidik bagi tujuan membudayakan amalan pengasingan sisa pepejal dikalangan masyarakat di negeri Perak.

“PBT tetap mengambil pendekatan, memberi kesedaran dan mendidik penduduk untuk tujuan membudayakan amalan pengasingan sisa pepejal dikalangan penduduk Negeri Perak, walaupun tidak ada undang-undang yang mewajibkan pemilik premis berbuat demikian (mengasingkan sisa pepejal dan sampah sarap).

“Untuk mencapai matlamat ini, kerajaan negeri melalui PBT-PBT, khususnya Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah meningkatkan kempen kesedaran melalui kaedah K3M iaitu Komunikasi, Mendampingi, Mendidik dan Mempertanggungjawabkan” katanya ketika menjawab soalan lisan daripada Cheong Chee Khing (DAP – Bercham) dalam Mesyuarat Ketiga Dewan Negeri Yang Ketiga Belas, hari ini.

Tambahnya lagi, melalui program-program yang dijalankan, penduduk diberikan pengetahuan bagaimana cara mengasingkan sampah untuk dikitar semula dan menjadikan sampah sebagai bahan kompos.

“Jika kitar semula dan pengkomposan menjadi amalan, ianya boleh mengurangkan sekurang-kurangnya 40 peratus sisa pepejal yang dihantar ke tapak pelupusan.

“Ini kerana, daripada sisa pepejal yang dihasilkan, komposisinya terdiri daripada 15 peratus sisa yang boleh dikitar semula, dan 40 peratus sisa organik yang boleh diselamatkan melalui pengkomposan,” ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");