Berita Hari Ini

Ancaman luar: SKMM akan nasihati MKN

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menasihati Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam hal aplikasi sosial yang dikaitkan dengan ancaman anasir luar.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari berkata ini kerana isu berkaitan ancaman luar walaupun melalui media sosial dan secara dalam talian adalah di bawah kawal selia MKN.

Katanya pihaknya terlibat untuk menasihati MKN dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan isu-isu komunikasi melibatkan media sosial dan aplikasi dalam talian.

“Sekiranya ada ancaman anasir luar akibat daripada pengggunaan aplikasi sosial seperti Google Map dan Waze bagi tujuan pencarian lokasi yang secara tidak langsung datanya telah dibekalkan kepada pihak luar, MKN wajar melihat perkara ini secara keseluruhan.

“Namun demikian, pihak KKMM sentiasa bekerjasama dengan agensi terlibat untuk menasihati MKN dalam aspek media sosial dan komunikasi,” katanya.

Jailani berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Irmohizam Ibrahim (BN-Kuala Selangor) dalam sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Irmohizam ingin mengetahui tentang usaha kerajaan membendung kebocoran maklumat dan rahsia negara kepada pihak luar melalui penggunaan aplikasi Google Map dan Waze dalam kalangan rakyat di negara ini.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");