Sukan Hari Ini

Juventus, PSG, Atletico Madrid, Benfica Layak

PARIS: Juventus, Paris Saint-Germain (PSG), Atletico Madrid dan Benfica antara kelab terbaharu yang layak ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara Eropah.

Naib juara musim lalu, Juventus menewaskan Manchester City 1-0 di Turin menerusi jaringan Mario Mandzukic untuk menyertai kelab Liga Perdana Inggeris itu dalam Kumpulan D layak ke 16 pasukan terakhir, awal pagi Khamis.

PSG pula menang besar 5-0 ke atas Malmo, dengan penyerang Zlatan Ibrahimovic meledak untuk kelab ketika usia remajanya itu, sekali gus menyertai Real Madrid dari Kumpulan A. Atletico Madrid pula mara dari Kumpulan C selepas mencatat kemenangan selesa 2-0 ke atas Galatasaray di gelanggang sendiri.

Keputusan itu juga membantu kemaraan Benfica walaupun hanya seri 2-2 dengan Astana. Setakat ini, sembilan kelab sudah melayakkan diri ke pusingan kalah mati.-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");