Perak Hari Ini

Anugerah Merupakan Penghormatan Kepada Tokoh -DS Hishammuddin

KUALA KANGSAR: Anugerah yang dikurniakan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah merupakan satu pernghormatan kepada tokoh yang banyak berjasa kepada negara.

Itu antara yang dirasai oleh wakil-wakil penerima anugerah sempena istiadat penganugerahan darjah kebesaran kepada 702 penerima bersempena Hari Keputeraan Sultan Perak di Balairong Seri, Istana Iskandariah di Kuala Kangsar, di sini, hari ini.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, penganugerahan tersebut merupakan satu pengiktirafan terhadap perjuangan tokoh-tokoh terdahulu.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mewakili Allahyarham Datuk Sir Onn Jaafar yang menerima darjah Seri Paduka Cura Si Manja Kini (SPCM) dalam istiadat berkenaan.

PERAK TODAY 9

Darjah kebesaran berkenaan membawa gelaran Datuk Seri peringkat pertama yang dikurniakan sebagai satu penghormatan yang istimewa kepada penerima yang telah menempa kejayaan unggul serta menyumbang perkhidmatan cemerlang kepada Negeri Perak.

Turut menerima darjah kebesaran yang sama ialah Allahyarham Datuk Panglima Bukit Gantang Abdul Wahab Toh Muda Abdul Aziz.

Hishammuddin yang juga merupakan cucu kepada pengasas UMNO itu menyatakan bahawa, anugerah berkenaan memberikan semangat untuk beliau berdepan dengan dunia politik pada masa kini.

“Datuk Onn meninggalkan kita dalam keadaan yang cukup daif, dalam keadaan yang orang tidak memahami perjuangannya.

“Apabila kita menerima pengiktirafan, cucunya menerima pengiktirafan sendiri, bagi saya pada keadaan masa dunia dan negara sedang terkapai-kapai meniti landskap politik kebencian politik perpecahan, jiwa politik dunia yang amat meruncingkan, perjuangan Datuk Onn masih lagi tetap relevan.

“Ini memberikan saya semangat bahawa apabila kita konsisten dalam perjuangan kita, pendirian kita, pada masa kita memimpin mungkin orang tidak dapat menghayatinya.

“Tetapi yang pentingnya, menentukan sama ada apa yang kita lakukan pada hari ini tepat, akan diterima dan dihargai oleh generasi-generasi yang akan datang,” tegasnya.

Justeru, ujarnya lagi, dalam berdepan dengan isu-isu semasa, pemimpin harus melihat kembali kepada asal usul perjuangan tokoh-tokoh terdahulu.

“Jadi, dalam kita diuji perpaduan, kesatuan sesama kita, dalam kita nak memikirkan nasib anak bangsa kita ini, kita kena lihat kembali kepada asal usul kita kepada perjuangan mereka yang banyak berkorban untuk mengizinkan kita pada hari ini hidup dalam negara yang merdeka, bermaruah dan berdaulat.

“Itulah yang saya tengok sebagai cucu kepada Allahyarham Datuk Onn yang pada hari ini yang diiktiraf ke bawah Duli Tuanku Sultan Perak sendiri,” tambahnya lagi.

Jelasnya, anugerah tersebut membawa erti dan makna yang amat mendalam bukan sahaja kepada beliau dan keluarga tetapi juga sebagai pengajaran dan sesuatu yang boleh sandarkan dalam berhadapan dengan politik pada hari ini.

“Pada saya ia bukan hanya pada anugerah, yang penting ialah datangnya daripada hati yang ikhlas.

“Kebawah Duli Tuanku Sultan Perak, saya rasa secara jujur rasa bahawa apa yang peringatan Tuanku kepada Datuk Onn pada hari ini datang daripada hati yang jujur dan ikhlas,” katanya lagi.

Terdahulu, seramai 39 daripada 702 penerima telah dikurniakan darjah kebesaran yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau menerima Darjah Seri Paduka Sultan Nazrin Shah (SPSN) membawa gelaran Datuk Seri Diraja.

Mendiang Kevin Anthony Morais dan lima tokoh lain pula antara enam penerima darjah kebesaran secara anumerta (anugerah yang diberikan kepada seseorang yang meninggal dunia) bagi sambutan ulang tahun keputeraan pertama selepas baginda ditabalkan sebagai Sultan Perak ke-35 pada Mei lalu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");