Isu Panas

Apa jua tujuan, tindakan bunuh perlu dikecam

SHAH ALAM – Sebarang tindakan kejam membunuh orang awam walau untuk apa tujuan sekali pun perlu dikecam, kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Merujuk kepada insiden di Paris, Abdul Hadi berkata, Pas mengecam serangan tersebut kerana ia selaras dengan ajaran Islam yang melarang umatnya menzalimi sesama manusia.

“Dan tidaklah Kami mengutus kamu (Muhammad) melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam,” (Surah Al-Anbiyaa’, ayat 107).

[ARTIKEL BERKAITAN: Umat Islam mesti kutuk, tegas dalam isu keganasan]

“Pas selari dengan ajaran Islam sangat memandang keras perbuatan membunuh orang awam yang tidak bersalah dan menimbulkan suasana tegang dan ketakutan di dalam masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan.

Pas turut merakamkan ucapan takziah kepada semua mangsa serangan maut dalam serangan di dewan konsert, restoran di tengah-tengah ibu kota Paris dan berhampiran Stade de France yang mengakibatkan lebih 100 orang terbunuh.

“Pas juga merakamkan ucapan takziah kepada Presiden Perancis Francois Hollande dan seluruh rakyat Perancis di atas insiden yang mengejutkan ini,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");