Panasnya Hari Ini

Jamil Khir Buat Laporan Polis Terhadap NOW

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom telah membuat laporan polis berhubung dakwaan beliau terlibat dengan penyalahgunaan wang Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) sekitar jam 3 petang tadi.

Menurut sumber, beliau membuat laporan Polis berkenaan di Balai Polis Putrajaya jam 3.45 petang tadi.

Jamil Khir menerusi peguamnya dijangka bakal mengambil tindakan undang-undang berkenaan tuduhan fitnah tersebut.

Terdahulu pada Jumaat lepas, Pengarah Pusat Pemantauan dan Pendedah Maklumat Negara (NOW), Akmal Nasir menerusi sidang medianya mendakwa, wang anak yatim sebanyak RM410,978.56 telah digunakan untuk membiayai perbelanjaan menteri berkenaan ketika mengadakan lawatan ke Amerika Syarikat dengan sebahagian daripada jadual adalah membeli-belah bersama isterinya dan bermain golf.

Namun tuduhan itu disangkal oleh Jamil Khir dan menyifatkan ia sebagai satu kenyataan jahat berupa fitnah dan menyimpang daripada fakkta sebenar.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");