Isu Panas

Arul akan elak, cari helah sampai bila-bila

SHAH ALAM – ?Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mengandaikan Presiden dan Pengarah Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy akan mencari apa sahaja alasan untuk mengelak daripada berdebat secara terbuka mengenai isu membabitkan syarikat itu.

Rafizi mendakwa, walaupun dahulu Arul dilihat terbuka untuk berdebat namun tindakannya membuat pusingan U baru-baru ini adalah kerana berasa debat itu akan ‘memakan’ dirinya.

“Isu 1MDB ini tidak boleh dipertahankan oleh mana-mana eksekutif kepimpinan BN jadi kalaupun dibawa pendebat yang terbaik daripada 1MDB, itu pun tidak memberi kelebihan kepada mereka, kerana banyak kepincangan yang telah berlaku di dalam 1MDB.

“Sebab itu bagi saya Arul Kanda tidak berani berdebat kerana dia tahu dalam ? satu debat terbuka disiar secara langsung sukar untuk dia pertahankan 1MDB apabila soalan mudah yang bersabit dengan ekonomi dan kesan 1MDB kepada rakyat mula dihuraikan,” katanya kepada Sinar Online.

Justeru itu kata Rafizi, Arul akan mencari pelbagai helah untuk ‘melarikan diri’.

“Sebab itu saya tidak nampak, Arul akan selama-lamanya berani berdebat, dia akan mencari helah sampai bila-bila untuk berdebat kecuali apabila dia dituntut oleh undang-undang tampil memberi keterangan dalam PAC ataupun ada sebarang siasatan yang dapati bahawa ada penyelewengan berlaku dalam 1MDB baharulah Esekutif 1MDB tiada pilihan lain selain tampil memberi keterangan.

“Tetapi kalau rakyat berharap mereka tampil berdebat secara terbuka saya rasa tidak akan berlaku sampail bila-bila,” ujar Rafizi lagi.

Arul sebelum ini berkata, debat 1MDB hanya boleh dilaksanakan selepas pendengaran Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), mengambil kira keputusan yang diumumkan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");