Membawang Hari Ini

‘Back To 80’s’, Wings bergerak ke selatan

KONSERT Wings 30 Tahun yang menggegarkan Stadium Merdeka 31 Oktober lalu benar-benar meninggalkan kenangan terindah buat legenda rock, Wings.

Mana tidaknya, usaha keras tiga dekad Wings seakan berbaloi apabila ruang stadium telah dibanjiri 20,000 peminat yang sanggup hadir semata-mata untuk meraikan ulang tahun karier muzik mereka.

Atas kejayaan itu juga, Wings mengambil semangat daripada sokongan peminatnya untuk sekali lagi beraksi di pentas konsert Wings Back To 80’s yang bakal dijalankan di Dataran Bandaraya Johor Bahru pada 25 Disember ini.

“Alhamdulillah, saya mewakili Wings sangat berpuas hati dengan sambutan yang peminat berikan terhadap konsert Wings 30 Tahun. Sudah tentu sejarah ini akan terus terpahat dalam perjalanan karier kami.

“Disebabkan kejayaan konsert itu juga, kami telah menerima tajaan konsert daripada jenama produk kesihatan Agetech untuk mengadakan konsert kali ini,” kata vokalisnya, Awie pada majlis sidang media Konsert Wings 30 Tahun Edisi Kedua, semalam.

Pada majlis sidang media itu, Wings sempat menyerahkan plak penghargaan kepada pihak media bersempena Konsert Wings 30 Tahun atas kerjasama mempromosikan dan menyokong karier seni mereka.

Bercerita lanjut, Awie memberitahu beberapa pengisian konsert yang lalu telah diolah bersesuaian dengan suasana dan lokasi konsert.

“Untuk konsert kali ini, kami tidaklah mengulang pengisian yang sama di mana beberapa olahan dan perubahan mengikut kesesuaian kami lakukan untuk menghiburkan peminat kami di selatan.

“Pemilihan barisan artis yang akan memeriahkan suasana petang di dataran sebelum konsert bermula adalah berbeza di mana kami mengetengahkan anak- anak tempatan Johor sendiri.

“Selain itu juga dari segi pemilihan lagu, kami akan menyampaikan lebih kurang 25 buah lagu dan ada antaranya yang kami tidak persembahkan pada konsert lalu,” ujarnya.

Janji persembahan bertenaga

Dalam pada masa yang sama, Wings turut menggalakkan peminat untuk turut serta memeriahkan konsert dengan berpenampilan era 80 an.

“Kami memilih tajuk konsert Wings Back To 80’s kerana mahu mengembalikan kegemilangan era 80 an.

“Kami juga menggalakkan peminat yang hadir untuk sama-sama tampil berpakaian era 80 an untuk memeriahkan lagi suasana konsert.

“Inilah kelainan yang kami mahu tonjolkan untuk hiburkan peminat di selatan,” ujarnya.

Tidak hanya mengetengahkan konsep era 80 an semata-mata, Awie turut menjanjikan persembahan Wings malam malam itu penuh bertenaga.

“InsyaALLAH, kami sentiasa mahu buat yang terbaik untuk peminat yang selama ini tidak pernah putus menyokong kami.

“Bukan sahaja kembalikan suasana era 80 an, tapi tenaga persembahan kami juga saya harap seperti era yang sama. Kami mengharapkan tahap kesihatan akan terus kekal baik,” katanya.

– Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");