Jenayah

Bekas anggota polis berdepan penjara seumur hidup

KOTA BHARU: Seorang bekas anggota polis berdepan hukuman penjara seumur hidup selepas dihadapkan ke mahkamah sesyen, di sini, semalam atas tuduhan memiliki 0.6 gram heroin.

Tertuduh, Raja Yaacob Raja Yusof, 58, bagaimanapun mengaku tidak salah di hadapan Hakim, Mohd Yusoff Yunus.

Tertuduh didakwa memiliki dadah tersebut di tepi Jalan Kampung Raja Machang, Machang, pada jam 9.40 pagi, 1 November lalu.

Dakwaan dijalankan mengikut Seksyen 39A2 Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan tidak kurang 10 sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nordalina Ali dan beliau tidak mencadangkan jaminan terhadap tertuduh.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 17 Disember depan untuk mendengar laporan kimia.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");