Panasnya Hari Ini

BN Sedia Bekerjasama Dengan PAS Kalahkan DAP Selangor

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) menyatakan kesediaan untuk membantu PAS  bagi memastikan kekalahan DAP di Selangor.

Kenyataan itu dilontarkan oleh Ahli Parlimen BN-Ketereh, Tan Sri Annuar Musa yang menyifatkan (BN) dengan senang hati akan membantu Pas bagi memastikan kekalahan DAP di Selangor.

Tambahnya lagi ia berikutan dengankenyataan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua yang berhasrat untuk mengambil alih lapan kerusi Pas di negeri berkenaan.

“DAP akan meletakkan calon di kerusi Pas, kalau betul saya akan ajak BN beri sokongan kepada Pas untuk kalahkan DAP.

“Negara akan mengalami sistem politik baru yang berasaskan kesedaran. Proses perjalanan panjang dengan DAP membuktikan siapa DAP sebenarnya.

“Sebab perkongsian itu (gabungan politik) menguntungkan DAP, dan PKR duduk di bawah ehsan DAP… Pas dipersendakan begitu,” beliau berkata demikian dalam Dewan Rakyat hari ini memetik laporan Therakyatpost.

Beliau turut mengakui kenyataan Ahli Parlimen BN-Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah yang mengatakan tindakan DAP tidak mengiktiraf parti baru iaitu Parti Amanah Negara (Amanah) kerana turut berhasrat bagi bertanding di lapan kawasan milik Pas Selangor.

“Itu tabie (tabiat) mereka.. Sebab kekuatan PR (Pakatan Rakyat) sebenarnya datang dari Pas… Siapa lah PKR kalau tiada Pas,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");