Perak Hari Ini

Gen Y Perlu Jadi Pelapis Dalam Bidang Keusahawanan

IPOH: Generasi muda atau Gen Y digalakkan menceburi bidang keusahawanan terutamanya perniagaan pasar tani.

Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Tan Sri Badruddin Amiruldin berkata, mereka seharusnya menjadi pelapis kepada para usahawan yang ada pada masa kini.

“Sekarang ini kita hendak bergerak ke hadapan kerana Gen Y harus menjadi pelapis-pelapis kepada peniaga serta usahawan yang ada pada masa ini. Namun, sudah tentu Gen Y mahukan pendekatan yang agak berbeza daripada kebiasaannya.

“Jadi pendekatan perniagaan mereka ini adalah secara moden dan lebih sesuai dengan keperluan pasaran pada masa ini,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Memperkasakan Usahawan Tani Negeri Perak bersama Pengerusi FAMA yang diadakan di Dewan Banquet dekat RTC Gopeng, di sini, hari ini.

Turut hadir sama, Pengarah Kanan (Pembangunan Usahawan) Ab. Razak Ab. Majid dan Pengarah FAMA negeri, Basri Jasmo.

PERAK TODAY 4

Ujarnya lagi, banyak kemudahan yang telah disediakan oleh kerajaan dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melalui FAMA untuk diberikan kepada generasi muda yang berminat untuk menceburi bidang keusahawanan.

“Kerajaan telah memberikan segalanya kepada usahawan-usahawan kita, bukan sekadar memberi ilmu tetapi memberi tapak, kelengkapan, sumbangan kewangan dan peruntukan.

“Selain itu, kita adakan bentuk Karavan, kiosk-kiosk dan kita pun ada dapat lesen untuk menyediakan francais Kopiesatu iaitu salah satu produk keluaran kita yang diproses di negara ini yang mana ia setanding dengan cafe-cafe yang lain.

“Kita akan berikan kepada usahawan-usahawan dibawah FAMA dan sesiapa sahaja yang berminat. Kita beri kelonggaran serta kemudahan untuk membolehkan generasi muda melibatkan diri dalam sektor peruncitan, pengedaran, pengeluaran dan pemasaran,” tegasnya lagi.

PERAK TODAY 2

Sementara itu, beliau berkata, pihak FAMA telah mengetengahkan konsep Karavan Tani untuk menggalakkan Gen Y melibatka diri dalam bidang perniagaan sesuai dengan permintaan pada masa ini.

“Hasrat kita hendak wujudkan Karavan Tani berikutan generasi muda lebih suka akan konsep ini. Jadi kita harus ikut trend yang mana di negara maju yang lain pun telah menggunakan Karavan untuk menjalankan perniagaan.

“Seterusnya, ia akan memberikan pulangan yang lebih kepada usahawan kerana mereka boleh melipat gandakan pasaran. Sekiranya mereka menggunakan khemah, pasaran mereka akan terhad di satu-satu kawasan sahaja,” tegasnya lagi.

PERAK TODAY 1

Tambah beliau lagi, FAMA akan menyediakan peruntukan sebanyak RM5,000 untuk menukar imej Karavan tersebut mengikut jenis perniagaan yang akan dijalankan.

“Apa yang mereka perlu lakukan adalah membuat permohonan daripada pihak FAMA.

“Karavan ini tidak semestinya sebuah kenderaan yang baru, boleh jadi juga kenderaan terpakai atau ‘second hand’,” jelasnya.

Sehingga kini, terdapat 180 perniagaan berkonsepkan Karavan di seluruh negara dan 16 daripadanya adalah di negeri Perak.

Dalam perkembangan lain, beliau turut menjemput semua peniaga pasar tani untuk datang ke Majlis Sambutan 50 Tahun FAMA di Dataran Merdeka pada 4 hingga 6 Disember depan.

Terdahulu, beliau telah menyampaikan watikah perlantikan kepada Pengerusi Pasar Tani Perak bagi sesi 2015/2016, Muhammad Syahid Zakaria.

Selain itu, Badruddin turut menyampaikan Anugerah Calon Pemasar Tani Negeri Perak dan juga menyerahkan Replika Cek Kukuh serta peralatan pemasaran kepada pemasar kukuh.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");