Sukan Hari Ini

Cadangan had umur acara bola sepak Sukan SEA perlu dapat kelulusan

CADANGAN had umur bawah 21 tahun acara bola sepak temasya Sukan SEA wajar mendapat kelulusan Persekutuan Sukan SEA (SeaGF), sebelum ia mampu dilaksanakan.

Demikian pandangan yang disuarakan Penolong Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi.

Ujarnya, adalah lebih sesuai seandainya cadangan tersebut mendapat persetujuan semua majlis Olimpik negara masing-masing yang bernaung di bawah SeaGF.

“Mereka mesti ada pandangan tapi saya fikir persekutuan mesti lulus tapi walau bagaimanapun itu cara, proses lebih kita ikut proses yang biasa, AFF hantar satu cadangan kepada Persekutuan Sukan SEA di mana sekarang pengerusi di Malaysia, iaitu Tunku Imran.

“Selepas itu beliau akan membentangkan usul ini dalam mesyuarat kepada majlis dan dari situ kita akan lihat samada dapat kelulusan ataupun tidak,” ujar Kok Chi.

Cadangan berkenaan diusulkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), semasa mesyuarat Majlis Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF), sebelum ini.

Ini kerana barisan pemain yang sama akan turut terbabit dengan kelayakan AFC bawah 22 tahun.
Menurut Kok Chi lagi, tiada halangan sekiranya cadangan berkenaan diluluskan kerana apa yang lebih penting manfaat kepada pasukan kebangsaan masing-masing diutamakan.

“Cadangan pasukan bawah 21 ini merupakan satu jalan untuk menguatkan pasukan kebangsaan, saya rasa ini merupakan satu jalan yang baik dan kita akan menilai daripada prestasi bersama skuad kebangsaan.-awani

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");