Berita Hari Ini

Debat 1MDB hanya selepas pendengaran PAC

KUALA LUMPUR – Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda Kandasamy menghormati keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan menolak untuk berdebat dengan ahli parlimen pembangkang yang pernah dipersetujuinya, minggu lalu.

Menurut Arul, berdasarkan keputusan Pandikar, debat itu hanya boleh dilaksanakan selepas pendengaran Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

“Speaker adalah pihak berkuasa muktlak ke atas semua perkara yang berkaitan dengan Parlimen. Beliau telah membuat keputusan di atas peranan saya sebagai saksi PAC dan sebarang perdebatan hanya boleh berlaku selepas pendengaran PAC,” katanya.

Dalam kenyataan sama, beliau menyifatkan debat yang disuarakan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua kini hanya bersifat politik.

“Saya mengesyaki cabaran YB Tony Pua itu lebih kepada tujuan politik daripada keinginan untuk mencari kebenaran.

“Sebagai ahli parlimen selama dua penggal, sepatutnya dia amat mahir dengan prosedur Parlimen dan tahu bahawa debat itu tidak boleh berlaku,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pagi tadi, Pakatan Harapan mengumumkan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli sebagai pendebat yang bakal bertemu Arul bagi menggantikan Tony selepas Pandikar memutuskan ahli PAC tidak boleh terlibat dalam debat itu.

Akui menghormati Rafizi sebagai pendebat yang hebat namun Arul mempertikaikan perkara itu dan mengesyorkan agar Rafizi mengambil alih jawatan Tony dalam PAC.

“Persoalan yang jelas adalah mengapa tidak YB Rafizi Ramli menggantikan YB Tony Pua dalam PAC, supaya YB Tony Pua boleh berdebat dengan saya?

“YB Tony Pua yang mencabar saya. Beliau menjadikannya peribadi apabila menggunakan kata-kata (seolah-olah) mengejek seperti ‘saya tidak akan menumbuk dia’,” katanya.

Menurutnya, beliau menyahut cabaran Tony sebelum ini tanpa syarat dan tidak timbul sebarang perkara seperti berdebat dengan Pakatan Harapan.

“Yang kini telah muncul entah dari mana, dalam keadaan terdesak untuk menyelamatkan YB Tony Pua daripada dimalukan. Ini jelas permainan politik dan sebagai seorang profesional, saya tidak akan tidak terjebak,” katanya.

Menyentuh soal 10 soalan yang dikemukakan Tony Pua sebelum ini, Arul berkata pihaknya akan memberi maklum balas pada masa yang sesuai.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");