Panasnya Hari Ini

Debat 1MDB: Ganti Rafizi Adalah Langkah Terdesak

KUALA LUMPUR: Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda menerusi kenyataan medianya hari ini menyifatkan tinakan Parti Pakatan Harapan menawarkan Rafizi Ramli menggantikan Tony Pua dalam perdebatan itu adalah langkah terdesak dan mengelakkan Ahli parlimen Petaling Jaya utara itu mendapat malu.

Ujarnya lagi, berdasarkan pengalaman lalu, beliau mengesyaki bahawa cabaran Tony Pua itu lebih terdorong kepada politik daripada keinginan untuk kebenaran.

Tegasnya lagi, sebagai Ahli Parlimen selama dua penggal, seharusnya Tony Pua sepatutnya amat mahir dalam prosedur Parlimen dan mengetahui bahawa debat tersebut tidak sepatutnya berlaku.

“Saya perhatikan bahawa gabungan Tony Pua kini telah menawarkan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli sebagai pengganti pendebat.

” Persoalan yang jelas adalah mengapa tidak Rafizi Ramli menggantikan Tony Pua dalam PAC, supaya Tony Pua boleh berdebat dengan saya? Ia adalah khusus Tony Pua yang mencabar saya,” katanya.

Jelasnya lagi, cabaran debat itu diterimanya tanpa syarat.

“Tidak pernah ada apa-apa persoalan berdebat dengan Pakatan Harapan, yang kini telah muncul entah dari mana, dalam cubaan-saat akhir terdesak dan, untuk menyelamatkan Tony Pua dari rasa malu.

” Ini adalah permainan politik yang jelas dan saya sebagai seorang profesional, tidak akan ditarik ke dalam,” jelasnya menerusi kenyataan itu lagi.

Arul turut menyatakan bahawa beliau menghormati Rafizi Ramli juga sebagai rakan dan bukanya lawan.

“Beliau adalah seorang pendebat yang baik, pemidato dan lelaki dan saya masih mengingati perdebatan bersama beliau ketika waktu muda dahulu,” katanya.

Ujarnya lagi, integriti Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) perlu dihormati oleh semua.

Beliau turut menghormati keputusan yang dibuat oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia baru-baru ini berhubung cabaran oleh Ahli PAC, Tony Pua untuk berdebat secara langsung dengannya di televisyen.

“Saya menghormati Speaker dan kebijaksanaan beliau untuk melindungi integriti Dewan yang mulia dan prosiding Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC),” katanya.

Ujarnya lagi, pada awalnya tindakan Tony Pua mencabar beliau untuk perdebatan secara langsung di televisyen pada 29 Oktober 2015 telah disahutnya dengan satu syarat iaitu Tony Pua perlu meletak jawatan sebagai ahli PAC.

“Dalam usaha untuk mengekalkan integriti siasatan PAC, dan untuk mengelakkan sebarang konflik faedah, Tony Pua mesti meletakkan jawatan daripada PAC.

” Apabila Tony Pua tidak mempunyai keberanian untuk melakukan perkara yang betul dan meletakkan jawatan daripada PAC, pada 31 Oktober 2015, saya telah menarik balik syarat itu” katanya.

Tambahnya lagi beliau menyahut cabaran tanpa mengenakan sebarang syarat setelah mendapati Tony Pua telah bertindak melemparkan banyak dakwaan yang salah mengenai 1MDB.

Tambah Arul lagi, secara peribadinya beliau mahu berdebat dengannya bagi membetulkan pelbagai tuduhan itu.

“Tony Pua telah mengesahkan beliau tidak akan meletakkan jawatan daripada PAC dan bahawa dia tidak lagi akan berbahas.

“Dia telah memilih untuk bersembunyi di sebalik keahlian PAC, untuk lari dari pertarungan dia agresif mengganggu saya dan saya bersetuju untuk tidak mengenakan sebarang syarat,” katanya.

Walau bagaimanapun, tegasnya Speaker adalah pihak yang berkuasa mutlak ke atas semua perkara yang berkaitan dengan Parlimen.

” Beliau telah membuat keputusan di atas tanggungjawab saya sebagai saksi PAC dan sebarang perdebatan hanya boleh berlaku selepas pendengaran PAC,” katanya.

Ujar Arul lagi, 1MDB akan menjawab 10 soalan yang diajukan oleh Tony Pua mengikut kesesuaian masa dan forum termasuk kuasa yang sah seperti PAC.

“1MDB mengulangi kesediaan untuk muncul di hadapan PAC.

“Dalam pada itu, pasukan saya dan saya tetap fokus dan komited untuk melaksanakan pelan rasionalisasi 1MDB,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");