Panasnya Hari Ini

Debat 1MDB: Rafizi Gantikan Tony Pua

KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan hari ini menawarkan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli untuk menggantikan Tony Pua dalam perdebatan diantara  Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu dan Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy.

Memetik sumber daripada Mstar, tawaran itu dibuat oleh Ketua Whip Parlimen DAP, Anthony Loke hari ini.

Parti itu juga mengharapkan agar syarat perdebatan yang dikemukakan dahulu tidak berubah antaranya seperti siaran langsung di Radio Televisyen Malaysia (RTM).

“Jika RTM tidak berminat, kita akan berbincang dengan pihak lain,” katanya.

Terdahulu, Pua terpaksa menarik diri daripada debat bersama Arul berikutan kedudukannya sebagai anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang berkemungkinan juga akan menjejaskan siasatan yang dilakukan oleh jawatankuasa itu terhadap kes 1MDB.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");