Membawang Hari Ini

Ernie rajin timba ilmu

Melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi bukan mudah kerana menuntut pengorbanan yang bukan sedikit. Pun begitu, bagi penyanyi Ernie Zakri, 23, belajar sambil bekerja tidak sukar asalkan bijak membahagi masa.

Juara Bintang RTM 2009 itu menamatkan ijazah sarjana muda dalam jurusan muzik di Universiti Teknologi MARA (UiTM) tahun lalu. Dia kemudian melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana dalam seni persembahan muzik di Universiti Malaya.

“Tak ada masalah untuk bahagikan masa antara kerja dan belajar. Ini kerana jadual seni tidak padat sangat dan jurusan yang saya sedang ikuti ini cuma ada lima subjek. Jadi saya boleh menghadiri kuliah dan menyiapkan tugasan seperti pelajar lain,” katanya.

Turut berkhidmat sebagai guru vokal di sebuah pusat muzik, Ernie berpendapat pendidikan penting bagi penggiat seni jika mahu meningkatkan pengetahuan dalam bidang seni.

“Sebagai penyanyi, saya perlu belajar seni persembahan dengan lebih mendalam. Pada masa sama, pendidikan boleh buat kita berkeyakinan tinggi,” katanya.

Kongsi Ernie lagi, perjuangannya tidak akan terhenti kerana akan menyambung pengajian ke peringkat kedoktoran pula.

“Saya mahu jadi pensyarah, sebab itu kena menuntut ilmu sebanyak mungkin,” katanya.

Mengulas perkembangan karier, Ernie akan menjalani penggambaran video muzik single Ini Yang Ku Mahu sebaik pulang dari Istanbul.

“Single ini keluar dua bulan lalu dan sudah diputarkan di radio. Berdasarkan maklum balas positif peminat terhadap single ini, tak sabar rasanya mahu hasilkan video muzik,” katanya.

Pernah tampil dengan album pertama berjudul Sinaran pada 2011, Ernie bersyukur berpeluang bekerjasama dengan komposer terkenal DJ Fuzz menerusi single terbabit.

“Sebelum ini, saya tampil dengan single Takkan Pudar yang terpilih sebagai lagu tema drama Hati Perempuan.

“Yang Ku Mahu cukup bermakna buat saya kerana berpeluang bekerjasama dengan DJ Fuzz. Sangat selesa bekerja dengannya apatah lagi dia tidak lokek ilmu,” katanya.

Nyanyi di Istanbul

Selain single baru, Ernie turut mewakili Malaysia bertanding di Festival Lagu ABU TV 2015 yang berlangsung di Istanbul, Turki pada 25 hingga 32 Oktober lalu.

Menerusi acara anjuran Asia-Pacific Broadcasting Union (ABU) itu, Ernie mempertaruhkan lagu Hadiah Dari hati dendangan asal Datuk Siti Nurhaliza.

“Walaupun ada lagu sendiri, saya merasakan Hadiah Dari Hati lebih sesuai untuk dipertandingkan. Lagi pun Datuk Siti idola saya dan peserta dari negara lain semuanya hebat,” katanya.

Ernie mengakui penyertaan penyanyi popular seperti CNBlue dari Korea Selatan membuatkan dirinya tertekan.

“Saya terkejut apabila RTM memaklumkan saya terpilih mewakili negara ke pertandingan itu. Apa pun, saya gembira dengan peluang itu dan menganggapnya sebagai rezeki,” katanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");