Isu Panas

Gesa kerajaan guna Pemberian Tunai Terus Bersyarat

SHAH ALAM – PKR menggesa kerajaan memulangkan kembali hasil kutipan cukai barang dan perkhidmatan (GST) kepada rakyat melalui Pemberian Tunai Terus Bersyarat.

Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, gesaan itu kerana kerajaan dilihat mahu meneruskan GST walaupun ia dilihat banyak menekan rakyat.

“Kami secara jelas menolak GST. Tetapi memandangkan kerajaan BN masih mahu meneruskan GST, maka kita menggesa supaya, kutipan GST, sebanyak RM17 bilion daripada RM39 bilion digunakan sebagai Pemberian Tunai Terus Bersyarat (Conditional Direct Cash Transfers) kepada 3.85 juta isi rumah daripada 7 juta isi rumah keseluruhannya dalam satu Skim Bantuan Asas Sosial Nasional (SBASN).

“Skim ini berjumlah RM17 bilion berbanding BR1M berjumlah RM5.6 bilion. Kita mahu semua isi rumah di bawah RM5,000 layak menerima Bantuan Asas Sosial Nasional yang kita cadangkan,”katanya dalam ucapan dasar presiden dalam Kongres Nasional Tahunan ke-11, hari ini.

Menurutnya,SBASN berbeza dengan BR1M yang hanya membantu isi rumah dibawah RM4,000 sebulan.

“Sumber kewangan utama untuk skim ini adalah GST sendiri. Oleh demikian, mengekalkan Jumlah Peruntukan Perbelanjaan Mengurus pada Bajet 2016 yang dibentangkan kerajaan; RM17.2 bilion atau hanya 10.53 peratus daripada Perbelanjaan Bekalan RM163.4 bilion yang perlu diubahsuaikan.

“Jika ditolak RM5.6 bilion untuk BR1M yang sudah diperuntukkan, jumlah sebenar yang perlu diubahsuaikan hanya RM11.6 bilion dari Perbelanjaan Bekalan,”katanya.

Beliau berkata, satu kempen ‘Pulangkan GST kepada Rakyat’ akan dilancarkan untuk tujuan itu.

Sementara itu,Wan Azizah menyifatkan, tindakan kerajaan menjual aset elektrik kepada sebuah syarikat di China sebagai satu pengkhianatan ekonomi.

Dakwanya, kerajaan tidak mengambil peduli kesan buruk kepada negara dan menjaga kepentingan rakyat.

“Syarikat TNB milik tempatan tidak diberi keutamaan untuk membeli semula aset-aset ini. Tarif elektrik yang bakal ditingkatkan akan menambahkan lagi kos sara hidup untuk kita pikul semua di atas nama mahu selamatkan 1Malaysia Development Berhad.

“Apa lagi yang akan dijual? Apa lagi yang akan kita serahkan kepada negara asing apabila Perjanjian Trans-Pasifik (TPP) dimeterai tahun depan?Apa lagi kedaulatan negara akan dihidangkan kepada negara asing?,”soalnya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");