Sukan Hari Ini

PKNS tetap waspada ancaman Kedah

WALAUPUN memiliki kelebihan jaringan di tempat lawan, PKNS FC tetap waspada dengan ancaman Kedah apabila kedua-dua pasukan membuat perhitungan pada aksi suku akhir kedua kempen Piala Malaysia 2015 di Stadium Selayang, malam ini.

Pengendali PKNS, E Elavarasan berkata, bekalan tersebut bukan jaminan penuh buat anak buahnya meraih tiket ke separuh akhir, sebaliknya beliau mahu pemainnya kekal fokus dengan tidak membenarkan skuad Lang Merah membolosi gawang.

“Perlawanan di tempat sendiri sememangnya merupakan satu kelebihan tetapi saya tetap berpegang apa sahaja boleh berlaku.

“Pada perlawanan malam esok (malam ini), saya rasa mereka (Kedah) akan lebih tertekan kerana sudah pasti mereka tidak mahu tewas dengan pasukan kelab. Jadi saya percaya kita ada harapan untuk mara ke peringkat separuh akhir.

“Apa pun, kita akan bermain seperti biasa kerana peluang kedua-dua pasukan tetap 50-50,” katanya.

– SInar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");