Membawang Hari Ini

GV2 bawa rezeki

Sepanjang enam minggu program Gegar Vaganza 2 (GV2) bersiaran, Nassier Wahab, 53, menjadi peserta pertama menyanyikan lagu berbahasa Ing­geris berjudul I’ll Be There nyanyian asal The Jackson 5.

Nassier mengakui tertekan berikutan sukar menyanyikan lagu itu.

“Ketika mula-mula dapat lagu itu, saya tanya pada diri macam mana mahu sampaikan lagu yang dinyanyikan lima penyanyi.

“Setiap hari saya terjaga tengah malam kerana asyik teringat lirik lagu itu. Ditambah pula dengan bahagian korus yang sukar disampaikan. Memang tertekan dibuatnya,” katanya.

Menurut Nassier, sehari sebelum pertandingan dia baru mendapat nada yang betul bagi keseluruhan lagu itu.

“Sebelum ini saya selalu menyanyikan lagu Inggeris tanpa sebarang masalah tetapi disebabkan ia pertandingan, perasaannya jadi lain.

“Sebab itu apabila dikritik Datuk Ramli MS, saya mudah terima. Komen dilontarkan lebih kepada membimbing dan bukannya menjatuhkan.

Seperkara lagi, saya turut mencerap segala teguran yang diberikan kepada peserta lain untuk dipraktikkan ketika menyanyi,” katanya.

Berpuas hati dengan nyanyiannya itu, penyanyi lagu Memori Cinta Luka ini bernazar berpuasa sunat selama sehari dan sudah dilaksanakan Isnin lalu.

Menerusi persembahan itu juga, Nassier berada di tempat keempat selepas Siti Nordiana, Ezad dan Farahdhiya.

Pada minggu ini, Nassier diberi tugasan menyanyikan lagu bergenre rock, Camellia nyanyian Ebiet G Ade.

Jadual penuh sehingga April 2016

Sejak menyertai GV2, Nassier semakin mendapat tempat di hati generasi muda.

Tegas bapa kepada seorang cahaya mata perempuan ini, pembabitannya dalam program itu bukan kerana mahu mengejar populariti, sebaliknya ia medan terbaik untuk membuat kemunculan semula.

“Saya mahu buktikan kepada semua bahawa saya masih menyanyi.

“Selama ini ramai tanya kenapa saya tak menyanyi. Jawapannya mudah, disebabkan tak popular maka saya jarang keluar TV.

“Alhamdulillah, program ini mendekatkan saya dengan peminat muda. Sehinggakan kalau pergi ke mana-mana golongan ini yang ramai nak bergambar sama,” katanya.

Sambung Nasseir, GV2 bukan sahaja pentas pertandingan, sebaliknya turut membuka rezeki untuknya.

“Saya akui penangan GV sangat hebat. Tawaran menjayakan persembahan tak pernah putus. Cuma apabila terikat dengan GV2, saya hanya menyanyi pada hari bekerja. Hujung minggu saya fokus pada latihan dan pertandingan.

“Tak sangka sudah ada tempahan persembahan sehingga April tahun depan. Malah ada yang sanggup menunda majlis untuk disesuaikan dengan masa saya,” katanya.

– See more at: http://www.hmetro.com.my/node/95918#sthash.vDwB0yrd.dpuf

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");