Perak Hari Ini

Hadiah Istimewa Sempena Deepavali

IPOH: Perasaan gembira telah menyelubungi hati R. Shanmugam sekeluarga selepas menerima kunjungan daripada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir sempena perayaan Deepavali yang disambut meriah di seluruh negara hari ini.

Lebih bermakna lagi, beliau telah menerima satu lagi berita gembira kerana impiannya untuk memiliki sebuah rumah baru telah terlaksana apabila rumahnya yang usang itu akan dibina semula oleh Kerajaan Negeri melalui Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR).

Beliau yang tinggal di Buntong 4 di sini, bersama isteri, S. Neela, 64, dan anaknya S. Angalan, 32, yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) selepas terlibat dalam kemalangan tujuh tahun lalu, melahirkan rasa syukur kerana impiannya bakal menjadi kenyataan.PERAK TODAY 8

Shanmugam yang ditemui media berkata, permohonan untuk memiliki rumah  baru telah lama dibuat kepada pihak yang berkenaan, namun tidak berjaya.

“Saya ingin ucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri dan semua yang sudi membantu… ia merupakan hadiah yang istimewa buat saya dan keluarga.

“Pastinya bantuan yang dihulurkan ini dapat meringankan beban keluarga saya dalam meneruskan kehidupan,” katanya lagi yang turut menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berjumlah RM200 sebulan.

Terdahulu,  keluarga itu menerima sumbangan berupa kotak makanan YBUDR dan duit raya yang disampaikan oleh Zambry.

PERAK TODAY 4

Sementara itu, Zambry berkata, Kerajaan Negeri begitu prihatin dengan nasib rakyat yang dikategorikan sebagai golongan miskin yang tinggal di sekitar bandar raya Ipoh.

Tambahnya, beliau telah mengarahkan pihak yang bertanggungjawab untuk mengambil tindakan segera bagi membina semula rumah yang didiami oleh keluarga berkenaan.

“Kerajaan Negeri melalui YBU akan membina semula rumah mereka ini bagi membolehkan keluarganya tinggal dalam sebuah rumah yang tidak uzur ataupun baik bagi kehidupan mereka seharian.

“Saya amat sedih melihat keadaan rumah beliau dan sesiapa pun datang melihat keadaan rumah ini, rumah yang terlalu uzur dan hanya menanti masa untuk runtuh,” jelasnya.

PERAK TODAY 3

Bagi kes keluarga Shanmugam, sebuah rumah yang mempunyai tiga bilik berharga RM45,000 akan dibina dalam masa yang terdekat.

“Insyaallah saya telah mengarahkan kepada pihak YBU untuk mengambil tindakan segera bagi memastikan masalah ini dapat diatasi,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");